Wednesday, 30 November 2011

Gaya Hidup Organik: Gaya Hidup Organik Menyelamatkan Dunia

Tahukah anda bahawa apabila kita mengamalkan Gaya Hidup Organik, anda sebenarnya sedang menyelamatkan dunia untuk generasi akan datang? Tidakkah anda terfikir, apabila anda mengamalkan gaya hidup organik anda telah menyelamatkan ekosistem, hidupan liar, lapisan ozon dan sistem pengairan yang mana boleh menyebabkan kestabilan persekitaran dunia runtuh akibat perbuatan manusia? Bunyinya sangat hebat tetapi ia semua bermula dari diri kita sendiri.

Ladang dan kaedah penanaman organik merupakan kaedah paling selamat untuk mengelakkan tanah dari menjadi tandus. Tanah yang sentiasa disirami baja kimia dan racun perosak lambat laun tidak akan mempunyai khasiat di masa akan datang. Wasap dari semburan racun akan meruap ke atmosfera dan akan menipiskan lapisan ozon. Wasap ini juga akan berterbangan di tiup angin dan akan mengakibatkan hidupan liar seperti serangga, unggas, lebah, beruang, harimau dan lain-lain haiwan lari dari habitat semulajadi mereka. Apabila bumi semakin tandus dan tanah semakin banyak yang tidak boleh digunakan untuk pertanian, kehidupan akan menjadi semakin sukar. Apabila kehidupan semakin sukar, ia akan memberi kesan secara langsung kepada kita yang hidup di bumi.


Lebihan dan kumbahan baja kimia yang mengalir dari ladang akan masuk ke sistem saliran dan sungai akan tercemar. Ikan, ketam dan karang-karangan di muara sungai akan tercemar dan ini secara langsung akan melibatkan kesihatan kita sebagai pengkonsum hidupan ini sebagai hidangan di atas meja. Dengan memilih gaya hidup organik, kita akan sedikit-demi sedikit mengurangkan penggunaan hasil produk komersil ini dan akan menjana arus permintaan terhadap produk organik.


Dengan mengamalkan gaya hidup organik, kita akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi terhadap produk yang digunakan di dalam rumah kita. Sebagai contoh, kita akan menggunakan produk yang 'biodegradable' (barangan yang boleh terurai secara semulajadi) bagi memastikan air kumbahan yang dialirkan keluar rumah tidak membahayakan kepada alam sekitar. Dengan menggunakan produk bio ini untuk penjagaan diri, kita akan berasa sangat tenteram dengan produk yang digunakan. Ia selamat untuk sebarang peringkat umur dan ia akan mencantikkan kulit, menyihatkan dan aromaterapi semulajadi menjadikan diri segar sepanjang hari.


Tuesday, 29 November 2011

Bagaimana Makanan Organik Menjimatkan Wang Anda

Klik Untuk Besarkan
Regimen makanan organik Melilea kami ini mampu menjimatkan wang sekiranya diamalkan setiap hari. Disamping penjimatan wang, anda akan mentransformasi diri, kesihatan, wajah serta membuat anda cukup bertenaga. Tiada makanan lain di dunia ini yang mampu memberi begitu banyak kebaikan dengan harga yang cukup murah.

Katakan anda makan diwaktu pejabat setiap hari untuk sarapan, makan tengahari dan petang dengan kos RM10. Sekiranya anda amalkan gaya pemakanan ini selama sebulan 24 hari waktu bekerja, anda membelanjakan RM240.

Klik Untuk Besarkan
Anda tukarkan saja makanan bertoksin tinggi di luar sana untuk sarapan, makan tengahari dan petang dengan makanan organik Melilea yang menyihat lagi mengenyangkan. Di rumah, waktu malam kita makan bersama-sama keluarga dan menggunakan budget dapur untuk satu keluarga.

Harga ahli Melilea Greenfield Organic (MGO) dengan kandungan lebih 25 sayur-sayuran hanya RM165.00
Harga Epal Organik Melilea hanya RM39.00
Harga Soya Organik Melilea hanya RM13.80, lebih murah dari soya organik di pasaraya-pasaraya besar 

Jumlah harga ketiga-tiganya hanya RM217.80

Dengan kombinasi makanan organik ini anda menjimatkan wang sebanyak RM22.20

Sekiranya anda membuat kombinasi 1 MGO dan 2 soya, harganya baru RM192.60, anda masih jimat RM47.40.

Untuk sarapan pagi, bancuh 1 skup soya organik dan tambahkan air panas kedalam bancuhan. Minum.
Jika ingin lebih kenyang, masukkan 1/2 skup organik Greenfield. Kocak dan minum.

Untuk makan tengahari, bancuhkan 2 skup soya dan 1 skup Greefield Organic. Kocak dan minum.

Untuk minum petang, bancuhkan 2 skup soya organik dan minum.

Anda akan kenyang sepanjang hari.

Bagaimana yang dikatakan makanan organik ini mahal dan di luar jangkauan kuasa membeli kita? Harga produk Melilea tidak pernah naik semenjak hari pertama ia dikeluarkan, 10 tahun yang lalu. 

Jadi inilah peluang kita untuk menguruskan badan, mencegah penyakit kronik, mencantikkan kulit dan membuat kulit wajah awet muda.

Dapatkan pek promosi dengan tawaran hadiah menarik dan penjimatan sehingga RM80 sekarang.

Gaya Hidup Organik: Makan Bersama Keluarga Dapat Mengurangkan Obesiti Anak-Anak

Laporan US News Health, dari 17 kajian terhadap beribu-ribu sampel mendapati bahawa 24% anak-anak yang kerap makan bersama keluarga memakan makanan lebih berkhasiat, kurang mengalami keracunan makanan  berbanding yang jarang makan bersama keluarga. 

Pengkaji kedoktoran yang bersekutu dengan Universiti Illinois di Urban-Champaign, Amber Hammons mendapati kenyataan di atas adalah berasas. Satu kajian menerusi internet yang melibatkan 183,000 anak-anak yang berusia dari 3 hingga 17 tahun mendapati fakta berikut:

12% kurang obesiti dan 20% kurang memakan gula-gula, makanan ringan, makanan segera sekiranya memakan 3 hidangan bersama keluarga

25% lebih rendah mengamalkan pemakanan tidak sihat sekiranya memakan 5 hidangan bersama keluarga.

35% dari jumlah tersebut kurang mengalami masalah usus seperti sembelit, muntah, pengambilan pil diet, merokok dan tabiat mengelak makan. Makan bersama keluarga melindungi anak-anak dari mengambil makanan tidak bernutrisi.

Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting kerana mereka adalah 'role model' anak-anak. terdapat kaitan yang positif diantara keluarga dan nutrisi. Jika ibu bapa sama-sama melibatkan anak-anak dalam menanam sayur-sayuran hijau, ini akan memupuk kesedaran terhadap kesihatan, boleh tak anda bayangkan?

Lebih hebat lagi sekiranya kita memupuk anak-anak dengan pemakanan organik. Dengan memupuk kesedaran organik kepada anak-anak, kita sedang menyediakan generasi yang akan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap ekosistem dengan menghindari makanan yang mengandungi baja kimia, racun perosak, sayuran yang diubah genetik dan penggunaan pengawet. Ini akan dapat menyelamatkan dunia dengan mengurangkan penipisan ozon hasil penggunaan racun perosak, pencemaran air disebabkan baja kimia dan kumbahan berkimia dari bahan-bahan buangan.

Anak-anak yang terdidik dengan kesedaran ini akan lebih sedar tentang kesihatan, alam sekitar, iklim dunia dan akan menjadi lebih sihat dengan hidup bersama-sama dengan alam semulajadi.

Monday, 28 November 2011

Kelebihan Terapi Berpuasa Organik

Berpuasa adalah proses ketiadaan makanan masuk ke dalam tubuh kita. Ia adalah kaedah kuno dalam pemulihan sistem dalaman. Dalam Islam pula, berpuasa sebulan Ramadhan adalah penyucian hati terhadap Ilahi bagi menuju martabat yang lebih tinggi dan pada masa yang sama merehatkan sistem tubuh dari bekerja sepanjang tahun. Di samping itu ada pula puasa-puasa sunat yang boleh diamalkan bagi meningkatkan lagi iman.


Rahsia sebenar berpuasa dalam teori pemulihan semulajadi, tubuh kita mempunyai keupayaan penyembuhan semulajadi. Hanya dengan meyakini tubuh kita boleh menyembuhkan penyakit, tubuh kita akan menghasilkan endorphins dan keyakinan sembuh muncul dalam peti minda kita.


Makanan harian kita mengandungi toksin dan pengumpulan ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Toksin terkumpul membebankan tubuh kita, membuatkan tubuh bekerja lebih masa, kerja melampaui kemampuannya dan menghadkan keupayaan penyembuhan semulajadi tadi. Dalam keadaan ini, berpuasa adalah jawapan paling tepat untuk mengeluarkan toksin yang terdapat di dalam sel-sel kita, tisu dan organ. Bila kita telah menyahtoksin, tubuh kita akan kembali 'remaja' dan kesihatan meningkat.


Nyahtoksin akan menyembuhkan tubuh. Tubuh yang siap dirawat akan menjadikan kita lebih produktif dan lebih sihat. Ramai orang berpuasa atas pelbagai sebab:
a. keagamaan
b. pemulihan dari sesuatu penagihan samada makanan atau penyalahgunaan barang terlarang
c. penurunan berat badan
d. protes samada sosial atau politik


Mengamalkan terapi puasa organik akan mempercepatkan lagi proses nyahtoksin. Dengan hanya pengambilan makanan organik, ia akan menyingkir dan mengkumuhkan toksin yang terdapat di dalam sel, organ dan sistem pencernaan kita. Tiada sebarang toksin tambahan masuk ke sistem tubuh dan proses pemulihan serta pembersihan akan dapat dilakukan semaksima mungkin.


Sebagai pemulaan, makanlah makanan organik Melila mengikut sukatan seperti yang dinyatakan DISINI.
Setelah hari ke sepuluh, bersedialah untuk melakukan terapi organik. Pilih salah satu hari di dalam minggu tersebut untuk berpuasa.


Amalkan setiap waktu makan dengan sukatan berikut:
1 skup Melilea Greenfield Organic
2 skup Melilea Organic Drink
1 skup Melilea Apple Orchard
Bancuh dengan 300ml air bersuhu bilik/normal


Amalkan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Untuk makan malam, pastikan sebelum jam 9.00 malam.


Sekiranya lapar diantara waktu tersebut, boleh dibancuh lagi dengan sukatan berikut:
1/2 skup Melilea Greenfield Organic
1 Skup Melilea Organic Drink
1 skup Melilea Apple Orchard
Bancuh dengan 200ml air suhu bilik


Sekiranya ingin memakan makanan lain, makanlah makanan berserat tinggi seperti buah jambu batu atau epal hijau.


Bagi ibu selepas bersalin, yang ingin menyembuhkan luka dalaman dengan cepat, boleh diamalkan terapi berpuasa ini cuma buatkan bancuhan sedikit suam. Caranya:


Masukkan 200ml air suhu bilik ke dalam bekas bancuhan
masukkan sukatan yang dinyatakan di atas tadi
Kocakkan
Masukkan air suam ke dalam bancuhan
Kocak sekali lagi
Terus minum


makanan organik yang hangat akan membuatkan perut berasa selesa.





Wednesday, 16 November 2011

Gaya Hidup Organik: 15 Sebab Kenapa Kita Perlu Makanan Organik

Usus dengan Najis Tersumbat
 Tahukah anda bahawa kita sebenarnya memasukkan racun ke dalam tubuh kita melalui makanan bertoksin? Semua kita masukkan toksin ini bermula dengan pengawet, pewarna tiruan, perasa tiruan, baja kimia, semburan racun perosak, antibiotik pada haiwan, klorin dalam air minum dan asap kenderaan dan rokok (maaf ya abang!). Sebelum kita mengidap penyakit kronik seperti kanser, tyroid, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya, bagaimana kita nak hindarkan toksin ini dari masuk ke dalam tubuh kita?

Di sini saya senaraikan 15 sebab mengapa kita perlu amalkan makan makanan organik yang bebas dari segala pencemaran yang saya nyatakan tadi

Usus bersih dengan amalkan organik


Lebih Kaya Dengan Nutrisi
Di dalam banyak kajian yang telah dijalankan oleh badan bebas membuktikan bahawa makanan organik lebih kaya nutrisi berbanding makanan tradisional. Kajian menunjukkan makanan organic lebih tinggi vitamin C, antioksidan, kalsium, besi, chromium dan magnesium.


Bebas Neurotoksin
Toksin boleh memusnahkan sel otak dan sel saraf. Organophosphates adalah racun perosak yang biasa digunakan dicipta semasa Perang Dunia Pertama. Apabila perang tamat, bahan ini digunakan untuk membunuh makhluk perosak.

Membantu Pembesaran Tubuh dan Otak Kanak-kanak
Perkembangan tubuh dan otak kanak-kanak mudah mengalami rencatan oleh toksin berbanding orang dewasa. Dengan memilih makanan organic dapat membantu pertumbuhan badan disamping mengelak pendedahan terhadap racun perosak dan organism yang telah diubah genetiknya.

Ia Adalah Makanan Sebenar, Bukan Dari Kilang Racun Perosak
18% dari biji benih yang telah diubah secara genetik akan mengeluarkan racunnya sendiri. Kajian menunjukkan biji benih ini akan terus mengeluarkan racun di dalam tubuh kita sebaik kita memakannya.

Pencemaran Racun Perosak
Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menganggarkan pencemaran racuk perosak merosakkan sumber air minuman bagi separuh penduduk Amerika. Perladangan organik adalah penyelesaian terbaik kepada masalah ini. Membeli makanan organic membantu mengurangkan pencemaran air.

Makanan Organik Membantu Dunia
Penanaman makanan organik pada skala kecil dapat menjadikan sesebuah keluarga perladangan bebas dan ceria.

Lebih Sedap
Kebanyakan makanan organik adalah lebih sedap berbanding yang ditanam secara komersil.

Sayuran dan Buah-buahan Tidak DiMasakkan Menggunakan Asap
Sesetengah buah-buahan tidak organik di’masak’ supaya cepat dituai (contohnya pisang). Kaedah ini memang akan mempercepatkan sayuran dan buah-buahan tersebut cepat ranum namun asap tersebut akan menyerap ke dalam sayuran dan akan memasukkan toksin ke dalam tanaman tersebut

Ladang Organik Adalah Selamat Kepada Pekerja Ladang
Kajian oleh Kajian Kesihatan Awam di Universiti Havard mendapati peningkatan 70 peratus yang mengidap Parkinson akibat pendedahan kepada racun perosak. Dengan perladangan organic, lebih ramai orang boleh bekerja tanpa perlu risau dihinggapi pelbagai penyakit kronik.

Makanan Organik Membantu Haiwan Liar
Walaupun dengan hanya racuk perosak biasa, haiwan liar tetap diancam dengan teruk.

Pengambilan Organik Boleh Mengurangkan Risiko Kanser
Agensi Perlindungan Persekitaran Ameri Syarikat (EPA) mengatakan 60% herbicides, 90% fungicides dan 30% insecticides berpotrensi menghudupkan kanser.

 Memakan Daging Organik
Memilih daging organik dapat mengurangkan pendedahan kepada antibiotik, hormone sintetik dan dadah. Cara penternakan organik dapat mengelakkan unsur-unsur tersebut dari masuk ke tubuh kita.

Makanan Organik Telah Diuji dan Dicuba
Sesetengah menganggarkan bahawa makanan yang telah diubah secara genetik masih lagi di dalam peringkat kajian. Elakkan diri dari menjadi sampel untuk mengujiduga makanan tersebut. Makanan organik telah terbukti semenjak zaman nenek moyang kita yang tak tahu menggunakan bahan pengawet, racun perosak, baja kimia dan sebagainya.

Makanan Organik Menyokong Kepelbagaian Biologi
Kepelbagaian adalah asas kepada kehidupan di planet ini. Makanan tak organik dan yang diubah genetiknya cenderung kepada penghasilan yang banyak, bersifat komersil dan hanya satu jenis saja dan melenyapkan kepelbagaian.

Michelle Schoffro Cook, MSc, RNCP, ROHP, DNM, PhD adalah doktor dan penulis terlaris, telah menulis 11 buah buku termasuk The Vitality Diet, Allergy-Proof, Arthritis-Proof, Total Body Detox, The Life Force Diet, The Ultimate pH Solution, The 4-weeks Ultimate Body Detox Plan dan Phytozyme Cure.


Rahsia Ingin Mendapatkan Umur Yang Panjang

Tuesday, 15 November 2011

Artis Hollywood Mengamalkan Gaya Hidup Organik

Oprah Winfrey
Oprah telah megadakan rally untuk hari Bumi 2008 dengan mengajak rakan-rakan selebriti ke rancangannya dan berkongsi tip hijau dan organiknya. Oprah sangat hebat sebagai seorang jurucakap kepada pergerakan organik. Oprah sentiasa menyebarluaskan berita tentang dan ilmu tentang organik di kalangan masyarakat.

Jessica Alba
Aktres Hollywood Jessica Alba hanya membenarkan anaknya Honor 2 tahun, memakan makanan organik.
Aktres berusia 29 tahun itu sangat komited kepada gaya hidup hijau dan organik dan tidak membenarkan anaknya serta suami Cash Warren mengambil sebarang makanan tidak sihat - laporan contactmusic.com.

'Saya sangat tegas dengan Honor. Dia sangat sihat dan mengikut jadual. Kami memakan organik, rumah kami kesemuanya berkonsepkan hijau, kami tidak membazir. Ianya lebih kepada menghijaukan apa yang boleh. Kami kitar semula, kami ada kereta hybrid, kami buat semua perkara macam tu', katanya.


Gwyneth Paltrow
Gwyn sangat menitikberatkan bentuk tubuh. Aktres ini mempunyai rahsia pemakanan: diet organik dan makrobiotik. Gwyn hanya memakan makanan 100% semulajadi. Tiada makanan berproses atau makanan dikisar, tiada daging, ikan, telur atau produk tenusu. Gwyne juga tidak akan memakan makanan yang bertukar disebabkan proses memasak. Gwyn hanya memakan buah-buahan, sayuran hijau, biji-bijian, bijirin dan alga.

Putera Charles
Putera Charles sememangnya telah mempunyai ladang organik bertahun lamanya. Putera Charles telah lama memuja kehidupan hijau dan menceritakan kehebatan kebun organiknya di dalam buku 'Unsur-unsur Berkebun Organik" yang menunjukkan ladang organik di mansionnya di Highgrove Estate. Putera Charles yakin bahawa adalah baik memperkayakan tanah istananya dengan kompos berbanding baja kimia dan mengumpul air hujan berbanding air paip.

Jane Seymour
Aktres Jane Seymour memulakan kebun organiknya kerana 2 sebab. Pertama produk organik baik untuk dimakan kerana tiada racun perosak. Kedua ia yakin rasa makanan organik lebih sedap. 'Saya rasa keajaibannya adalah bila kita melihat ia membesar, memetiknya dari tanah, membasuhnya dan memakannya', katanya kepada Energy Time.

Daryl Hannah
Aktres Daryl Hannah secara diam-diam mengamalkan gaya hidup organik berpuluh tahun lamanya. Daryl mengamalkan vegetarian sebelum menjadi aktres lagi, semenjak remaja. Daryl adalah lembaga pengarah kepada Ongoing Commitnet Award atas komitmennya terhdap tenaga solar, pertanian dan ladang organik, penderaan haiwan dan pemanduan kenderaan bio disel.

Julia Roberts

Aktres Julia Roberts mempunyai rumah di Taos, New Mexico, New York City dan Malibu California. Di Malibu Julia mempunyai menanam tanaman organik. Julia ingin anak-anaknya mengetahui makanan mereka datangnya dari mana.

Lucy Lawless
Pelakon filen Xena ini merupakan duta Keamanan bagi negara New Zealand. salah satu usaha untuk menarik perhatian pihak Keamanan adalah menukar 17000 ladangnya di New Zealand kepada ladang organik. Kitar semula adalah wajib baginya dan Lucy mengharamkan penggunaan cawan styrofoam.

Nicole Kidman
Aktres Nicole Kidman mengakui yang beliau mengikut berladang organik dengan keluarganya di Tennessee. Nicole mempunyai ladang organik di Australia. Nicole kini tinggal di dalam ladang organik dengan suaminya Keith Urban dan anak-anak perempuannya. Nicole menyatakan ia hanyak hobi dan tidak akan bertugas kepada perniagaan.

Jon Bon Jovi
Jon Bon Jovi membuka restoran makanan organik berkonsepkan 'makan apa yang anda boleh bayar'. Restoran Soul Kitchen Jon berharap untuk memberi keluarga berpendapatan rendah alternatif kepada makanan segera yang tidak berkhasiat. 'Kesemuanya adalah organik dan makanannya adalah Baik-Untuk-Anda', kata Jon. 'Saya sangat pandai membasuh pinggan tapi langsung tak tahu memasak', katanya lagi. Jon mengatakan 'Inilah tempat yang dibina berasaskan komuniti, oleh komuniti dan untuk komuniti'.

Sting
Sting dan isteri trudie Styler membuka kedai produk organik di Figline Valdarno. Dalam tahun 1997, Sting dan isterinya telah membeli villa II Palagio di Figline Valdano. Ladang tersebut mempunyai villa yang besar, hutan, ladang anggur, ladang zaitun dan sebuah ban yang diubah menjadi sebuah studio rakaman. Ladang 900 ekar Sting telah membuka sebuah kedai menjual hasil ladang organik, wain, minyak zaitun, madu dan salami.

Penyanyi Hollywood dan Organik.
Gwen Stefani, Usher, Sheryl Crow, Jessica Simpson dan Lenny Kravitz kesemuanya mengamalkan organik. Di zaman ini, selebriti amat menitik beratkan apa yang mereka masukkan ke dalam tubuh dan ingin suara mereka didengari terutama di dalam isu pemanasan global. 'Habitat bertukar dengan cuaca dan banyak spisis yang akan pupus', kata Jorja Fox dari drama CSI semasa melakukan kerja amal untuk Union Concern Scientists.

Christian Slater 
Christ  juga memakan makanan organik dan berbangga membawa makanan organik di pasaraya. Christ sedar akan alam semulajadi selepas kelahiran anaknya.

Penyanyi Olivia Newton-John dan Kelly Preston - isteri kepada John Travolta patut dipuji atas dedikasi kepada isu alam sekitar dan kesan kepada kanak-kanak. Keduanya menjadi hos rancangan Not Under My Roof: Protecting Your Baby From Toxin at Home untuk Suruhanjaya Kesihatan Persekitaran Kanak-Kanak. Kelly Preston dan John Travolta adalah peminat dan pengamal tegar makanan organik dan berjuang untuk isu-isu alam sekitar.

Angelina Jolie menekankan pengambilan makanan organik, untuk penurunan berat badan anaknya Shiloh.

Elizabeth Hurley, merupakan penyokong kuat kepada Breast Cancer Research Foundation telah membangunkan barisan produk organik rendah lemak di ladang bio-dinamiknya di Britain.

Artikel lain

Lihat Siapa Mengamalkan Organik Sewaktu Mengandung

Waktu mengandung adalah waktu paling membahagiakan bagi seorang ibu dan ini adalah masa yang sangat penting untuk menjamin kesihatan bayi dalam kandungan. Inilah waktu yang paling penting bagi seseorang ibu untuk mengambil pemakanan organik demi kesihatan ibu dan bayi.


Tahukah anda siapakah yang mengambil pemakanan organik di waktu mengandung?
Beyonce Knowles, penyanyi terkenal Amerika Syarikat. Pakar kesihatan dan ibu mengandung United Kingdom, Vicky Warr membincangkan rahsia bagaimana Beyonce mengekalkan kesihatan, tenaga dan bentuk badan sewaktu mengandung. Inilah rahsianya.


Beyonce mengambil sayur-sayuran hijau dan salad dengan banyak berbanding sebelum mengandung. Sebelum mengandung, Beyonce gemar mengambil makanan yang telah siap berpaket sebagai makanan harian. Ini sangat penting kerana telah ditemui Folic Asid di dalam makanan 'segera' kegemarannya yang membantu pengembangan spinal dan kecacatan otak. Sayuran hijau juga mengandungi kalsium yang membantu pembangunan tulang bayi dalam kandungan.


Buah-buahan segar juga menjadi sebahagian pelan nutrisi sebelum mengandungnya, dijadikan snek yang memberikan vitamin dan nutrien sebagai sumber tenaga untuk menyanyi, majlis anugerah dan sesi temuramah. Sayur-sayuran yang banyak memberikan tenaga yang banyak dan meningkatkan sistem imun terhadap batuk dan demam selsema.


Beyonce mengambil sedikit daging merah. Beliau cuma mengambil stik daging merah organik sebagai sumber zat besi yang diperlukan ibu mengandung. Beliau juga mengambil sardin 2 kali seminggu untuk tenaga.
Beyonce juga meminum banyak air untuk kulit yang cantik . Ini akan dapat mengelakkan sembelit, mengekalkan tenaga dan mengelakkan kekurangan air.


Beyonce juga menjalankan aktiviti latihan fizikal bagi mengekalkan bentuk tubuh dan mengelakkan sakit belakang. Beyonce telah membelanjakan USD1 juta  mendapatkan khidmat pakar nutrisi yang terdiri dari regimen pemakanan semulajadi dan organik.