Kisah sedih ini berlaku kepada Puan Nazneen dari Sungai Buluh. Beliau telah mengalami keguguran sebelum Ramadhan 2012 dan malang sekali kandungannya tidak dapat keluar sebagaimana biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengalami keguguran. Setelah seminggu bayinya meninggal dunia, doktor di wad bersalin membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan janin tersebut.Puan Nazneen sangat-sangat sedih kerana bukan saja baru lepas mengalami keguguran tetapi pembedahan juga akan dilakukan ke atas beliau untuk mengeluarkan janinnya. Beliau bertekad untuk tidak menjalani pembedahan. Beliau bersolat hajat dan berdoa semoga ditemui jalan bagaimana kandungannya dapat dikeluarkan secara normal tanpa sebarang pembedahan.

Setelah puas berdoa dan bersolat hajat, beliau teringat akan fungsi penyahtoksikan yang mampu dilakukan oleh makanan organik Melilea. Beliau pun memakan Melilea Organic selama 2 hari berturut-turut bersama-sama dengan epal organik.
Dengan takdir Allah S.W.T, selepas mengambil 2 kali makanan organik, tiba-tiba beliau merasakan sesuatu ingin keluar dari pintu rahimnya. Kemudian perlahan-lahan keluarlah kepala janin yang dikandungnya, dan beliau terus menyambut jasad janinnya itu dengan kertas tisu tanpa sebarang rasa sakit. Beliau terus memanggil doktor dan doktor sangat terkejut bagaimana beliau mampu mengeluarkan sendiri janinnya yang telah meninggal itu tanpa sebarang pembedahan.
Kini puan Nazneen semakin yakin dengan makanan organik dan sentiasa berkongsi pengalaman berharganya dengan sahabat handai dan rakan taulan.
